Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

JEPAK BAKAL ALAMI PERUBAHAN PESAT, JADI PUSAT PENTADBIRAN BAHARU BINTULU

Posted on 31 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

JEPAK: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan mengalami perubahan pesat sebaik pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang sedang rancak dilaksanakan siap sepenuhnya pada 2025.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata di bawah pelan induk pembangunan kawasan itu, Jepak akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran baru di Bintulu dan sebagai.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) menjelaskan pelbagai projek pembangunan telah dirancang di Jepak bagi menjadikannya sebagai pusat pembangunan sosio ekonomi.

“Dalam Master Plan kita akan membangunkan kawasan seberang sini dengan siapnya jambatan tersebut sebagai pusat pentadbiran baharu bagi bandar Bintulu ini.

“Ianya akan menjadi pusat untuk pembangunan sosio ekonomi.

“Ianya akan menyediakan Skim Pembesaran Kampung, Skim Penempatan Semula, projek-projek, perumahan kos rendah yang mampu dimiliki akan kita buat.”

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Program Kesedaran Keusahawanan Digital di Dewan Masyarakat Jepak pada Isnin.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Penasihat MINTRED Datuk Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Datuk Amar Awang Tengah berkata Bintulu kini menjadi pusat pelaburan yang tinggi dengan adanya pelbagai industri di bandar itu.

Antaranya ialah Taman Perindustrian Samalaju (SIP) yang dikhaskan untuk energy intensive dan petrochemical industries yang telah mewujdukan 8,300 peluang di mana 83 peratus adalah pekerja tempatan dan telah merekodkan nilai eksport sebanyak RM18.4 bilion pada 2022.

Selain itu katanya, MINTRED juga telah membangunkan Samalaju SME Cluster di Taman Perindustrian Samalaju dengan keluasan 52.8 ekar dan kos pembangunan melebihi RM31.5 juta.

“Jadi ini adalah peluang yang harus digunakan oleh Perusahaan Kecil Sederhana (PKS),” katanya lagi.

Menyentuh perkara lain, beliau berkata Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM60 juta melalui kementeriannya untuk melaksanakan Skim Mikro Kredit Sarawak.

Pada masa sama jelasnya, MINTRED juga telah memperkenalkan Program Go Digital Sarawak yang menyalurkan bantuan berjumlah RM10,000 kepada para usahawan yang ingin mendapatkan peralatan serta keperluan digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, setakat ini, seramai 1,100 PKS telah dibantu dengan kelulusan berjumlah RM11 juta. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman