Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SARAWAK BERPOTENSI MENGEKSPORT MAKAKAN KE LUAR NEGERI

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sarawak berpotensi untuk menjadi pengeksport makanan ke seluruh Malaysia. 

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Sarawak mempunyai lebihan pemintaan telur ayam, daging ayam dan daging khinzir. 

“Ladang khinzir di Selangau telah diluluskan, selain daripada ladang khinzir yang diusahakan oleh pihak swasta, Sarawak juga berpotensi untuk mengeksport kerana pada masa sekarang kita mempunyai lebihan pemintaan telur ayam, ayam daging dan khinzir. 

“Namun begitu, pengeluaran padi hanyalah 34 peratus sahaja daripada hasil padi tempatan, manakala selebihnya iaitu 66 peratus lagi adalah diimport,” katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) 2023 ADUN Kemena bagi kawasan Sebauh di sini pada Ahad. 

Dalam majlis sama, beliau turut memaklumkan bahawa banyak pemohonan telah diterima dan kebanyakan telah diagihkan pada tahun lepas dan ini merupakan baki daripada tahun lepas. 

“Bermula tahun 2024, keutamaan diberikan kepada yang belum menerima bantuan peruntukan MRP. 

“Semua pihak layak menerima bantuan ini kerana melalui bantuan MRP ini membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti gotong royong dan sebagainya,” tambahnya. 

Difahamkan RM457,000 telah diagihkan kepada 23 penerima bagi kawasan Suai dan Niah di kawasan ADUN Kemena yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Biro Wanita serta lain-lain.

Dalam pada itu, para petani boleh mendaftar secara online di Daftar e-tani ataupun datang ke Pejabat Pertanian yang berhampiran untuk membantu Jabatan Pertanian mengenalpasti bantuan yang diperlukan dan bersesuaian.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterina Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman