Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MANGSA KEBAKARAN PASAR TUBAU, RUMAH CHAONG TERIMA BANTUAN

Posted on 15 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Mangsa kebakaran Pasar Tubau dan Rumah Chaong Jampang, Sungai Sedaun menerima bantuan awal sejumlah RM41,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Menurutnya, sebanyak 31 Ketua Isi Rumah (KIR) Pasar Tubau menerima bantuan sejumlah RM31,000 manakala 11 KIR Rumah Chaong menerima bantuan RM11,000.

“Ini merupakan bantuan segera disalurkan kepada semua KIR terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada 3 dan 4 Ogos lalu bagi meringankan beban ditanggung semua mangsa,” katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak kebakaran yang terletak dalam kawasan DUN Murum semalam.

Melalui bantuan disalurkan itu secara tidak langsung membolehkan mangsa mendapatkan barangan keperluan mendesak sementara menunggu bantuan selanjutnya.

Beliau melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dan Pejabat Daerah Sebauh termasuk Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bintulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tubau serta semua pihak terlibat dan bermurah hati menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Pasar Tubau dan Rumah Chaong.
Turut serta dalam lawatan dan penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran terbabit ialah Penghulu Joshua William, Tuai Rumah Lichong Along dan ahli-ahli Jelalong Tubau Action Committee (JTAC).



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman