Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SAREX PERKENAL PROSEDUR TETAP MENCARI SERTA MENYELAMAT MARITIM

Posted on 11 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) 3.0 melatih dan memperkenalkan prosedur tetap mencari serta menyelamat maritim kepada pegawai-pegawai agensi dan jabatan bagi meningkatkan kemahiran dan persafahaman antara agensi penyelamat di Sarawak.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, latihan SAREX wajar diadakan bagi menilai tahap keselamatan di kawasan perairan.

“Apa yang ditekankan di sini ialah latihan SAREX Mass Rescue Operation (MMRO) tahap tiga ini mendedahkan setiap peserta kepada persediaan awal bagi menghadapi kes kecemasan berskala besar,” katanya pada Majlis Perasmian SAREX Level 3 MMRO di Lembaga Pelabuhan Bintulu pada Selasa.

Katanya, latihan sebegini merupakan julung kali diadakan di Sarawak sejak Pelan MMRO 2022 ditubuhkan.

Justeru, penglibatan hampir 500 peserta dari pelbagai agensi serta jabatan berkaitan dilihat sebagai tepat pada masanya memandangkan aktiviti ekonomi di perairan negara semakin giat dijalankan pada masa sekarang.

Untuk rekod, latihan ini merupakan anjuran bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Bintulu yang diadakan bermula 10 hingga 12 Oktober ini.

Dalam latihan ini, Maritim Malaysia telah menyediakan prosedur tetap mencari dan menyelamat maritim sebagai panduan kepada semua agensi yang berkaitan.
 

Prosedur tersebut mengariskan panduan secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian.

Hadir sama Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak Mohammad Haffizie Putit, Penolong Pengurus Besar Operasi Lembaga Perlabuhan Bintulu Zakhir Yusuf Khan dan Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Sarawak Azizol Rahman Yon. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman