Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROGRAM AGRICOP PERKASA 100 PESERTA SEKITAR SEBAUH

Posted on 25 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 100 orang peserta dari kawasan sekitar Rumah Jawang Mat, Bukit Sekubong, Sebauh telah menghadiri program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, program tersebut bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pertanian moden. 

Jelasnya, ia sekali gus dapat meningkatkan hasil pertanian yang diperoleh. 

“Tugas jabatan pertanian adalah membuat polisi yang sudah pasti menguntungkan sekaligus meningkatkan ekonomi petani. 

“Oleh yang demikian AgriCOP ini menyampaikan maklumat berkaitan pertanian yang secara moden. 

“Kita mesti ubah guna cara baharu,” katanya semasa berucap dalam program tersebut. 

Semasa program turut diadakan taklimat pengurusan dan tatacara mendapatkan lesen oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta taklimat dan demonstrasi penggunaan racun yang selamat dari Biosecurity Tanaman dan Kuarantin.

Sementara itu, beliau turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM30,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Jawang Mat. 

Hadir sama pada program berkenaan ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Martin Ben, ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic  Chunggat, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dr. Gluma Saban, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr. Adrian Susil Ambud, Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu Jackson Nanta Bernabas Baie, Pemangku Pegawai Daerah Sebauh Frances Sherri Lia Jilan dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Jenny Bangga. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman