Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BERI IMPAK POSITIF, PROGRAM PENDIDIKAN LALU LINTAS DIAKTIFKAN SEMULA

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program pendidikan lalu lintas wajar diaktifkan semula sebagai langkah berkesan di dalam mendidik pelajar sekolah untuk mempraktikkan amalan pemanduan berhemah serta mematuhi undang-undang jalan raya. 

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pengaktifan semula program tersebut kerana ia memberi impak yang positif.

“Kajian yang dijalankan mendapati keberkesanan program ini buat pelajar sekolah dalam jangka masa panjang dan ianya memberi impak positif terhadap mereka untuk sentiasa menghormati undang-undang di jalan raya. 

“Didikan awal mengenai lalu lintas sebegini dalam masa yang sama akan memastikan setiap individu mempunyai tahap disiplin yang tinggi ketika berada di jalan raya sekaligus mengurangkan risiko berlaku kemalangan atau pelanggaran undang-undang trafik,” jelasnya dalam sidang media sempena lawatan kerja ke tapak Taman Trafik Bintulu di sini pada Selasa. 

Justeru katanya, penganjuran semula program lalu lintas ini amat bertepatan selaras dengan pembangunan pesat Sarawak khususnya dalam jaringan jalan raya dan aliran trafik semasa yang semakin berkembang.

Tambah Dato Sri Lee, program yang akan dijenamakan semula ini akan dikendalikan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak. 

Ujar beliau lagi, pihak kementeriannya akan berbincang lebih lanjut dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi menjalankan kerja-kerja memperbaiki serta membuat penambahbaikan tapak program lalu lintas terbabit. 

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Ketua Bahagian Pengangkutan Darat dan Logistik Julin Alen, Ketua Bahagian Perancangan & Guna Tanah Fatehi Marzuki, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (Perkhidmatan Alam Sekitar) Maimunah Matali, Ketua Seksyen Sukan, Rekreasi & Parkir (SRP) Abg Julawady Abg Shukori dan Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Bintulu Ir. Lau Pit Hwa. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman