Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PRAKTIKKAN CARA PENYIMPANAN, PENYEDIAAN MAKANAN BERSIH

Posted on 27 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pemilik premis makanan dinasihatkan agar sentiasa mempraktikkan cara penyimpanan dan penyediaan makanan yang bersih.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr. Melvin Chung Hsien Liang berkata, ia adalah bagi menggelakkan berlaku kes keracunan makanan serta isu lain yang boleh memudaratkan kesihatan.

Tambahnya, untuk itu juga pihak Jabatan kesihatan sentiasa melakukan rutin pemeriksaan bagi memastikan aspek kebersihan di premis makanan ditiitkberatkan.

“Matlamat kita bukan untuk memberi kompaun sahaja kepada mereka, tetapi adalah untuk memastikan mutu kebersihan makanan dijaga. Kita tidak mahu komuniti kita mempunyai masalah keracunan makanan. Keracunan makanan untuk golongan yang sihat itu adalah berbahaya tetapi ia sangat berbahaya lagi terutama untuk golongan warga emas dan kanak-kanak. Jadi kita telah melaksanakan pemeriksaan kebersihan premis makanan adalah untuk memmastikan mutu kebersihan sentiasa dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika ditemui media semasa melakukan operasi pemeriksaan premis makanan di sini pada Khamis.

Terdahulu, operasi pemeriksaan juga telah dijalankan di Bazar Ramadan yang terletak di hadapan Nu Hotel, Bintulu.

Dalam pada itu, Dr. Melvin turut mendedahkan, sejak tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 250 premis makanan telah diperiksa dan 13 premis daripadanya telah diarah untuk tutup sementara kerana gagal memenuhi spesifikasi kebersihan yang ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan, pada tahun 2022, sebanyak 65 premis di Bahagian Bintulu turut diarah tutup sementara atas kesalahan sama.

Sementara itu, mengenai operasi bazar yang dijalankan oleh pihaknya itu, menurut Melvin, dua premis telah didapati gagal mempraktiskan tahap kebersihan yang ditetapkan yang mana kedua-duanya diarah tutup dan dikenakan kompaun masing-masing  RM7,150 dan RM4, 000.

“Kedua-dua premis mulai ditutup hari ini dan sekiranya pemilik premis ingin membuka semula premis, mereka boleh memohon kepada pihak penguasa untuk dipetimbangkan,” jelas beliau.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman