Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KERAJAAN SEDIA BANTU ORGANISASI KEAGAMAAN MELALUI UNIFOR

Posted on 06 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kerajaan negeri ini bersedia untuk membantu organisasi atau badan keagamaan melalui peruntukan yang disalurkan melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, organisasi atau badan keagamaan boleh berjumpa dan berbincang dengan beliau sekiranya menghadapi isu atau masalah tertentu.

“Saya akan cuba bantu mengikut keperluan,” katanya semasa Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Sarawak kepada Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu di sini pada Isnin. 

Johnny Pang menambah, Sarawak adalah berbeza dengan negeri lain kerana penubuhan UNIFOR adalah khas untuk membantu organisasi keagamaan yang bukan Islam. 

“Ini membuktikan masyarakat majmuk di Sarawak saling menghormati di antara satu sama lain, bukan sahaja dari segi agama tetapi juga budaya dan tradisi,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap rakyat Sarawak dapat menghargai suasana harmoni yang sedia ada dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan luar yang akan merosakkan keharmonian dan keamanan Sarawak.

Difahamkan, bantuan penyerahan kepada Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu adalah bagi tujuan untuk menaiktaraf bangunan gereja serta pembinaan rumah pastor.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angelie Stephen Raja, Pengerusi Gereja Tempatan Mathew Belawan dan District Lay Leader Jack Untu. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman