Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

JAGA KESELAMATAN DI JALAN RAYA SEMASA MUSIM PERAYAAN

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Warga Sarawak amnya dan Bintulu khasnya diingatkan agar sentiasa cermat ketika di jalan raya terutamanya semasa musim perayaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, keselamatan di jalan raya harus diutamakan sepanjang masa agar setiap pengguna dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

“Saya ingin menasihati setiap pengguna kenderaan khususnya umat Islam yang akan balik ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya supaya memandu dengan berhemah dan mengutamakan keselamatan agar selamat ke destinasi masing-masing,” katanya.

Johnny berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis berbuka puasa anjuran beliau sendiri di sini pada malam Isnin.

Dalam pada itu, ADUN Tanjong Batu itu berkesempatan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya kepada setiap warga Sarawak yang menyambutnya.

Pada program tersebut, beliau telah menyantuni serta beramah mesra bersama para hadirin yang terdiri daripada pengamal media tempatan, kakitangan awam serta warga Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Batu termasuk ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman