Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MTCP SOKONG PROGRAM SENI, BUDAYA & WARISAN TEMPATAN

Posted on 13 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) amat menyokong program berasaskan seni, budaya, dan warisan yang ada di Sarawak.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Snowdan Lawan, MTCP telah menyokong 80 program sedemikian pada tahun lepas di bawah Dana Mudahcara untuk Seni, Budaya dan Warisan.

Katanya, beliau amat gembira melihat banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan penggiat seni mengambil inisiatif untuk memohon dana berkenaan dalam menjayakan program yang dianjurkan termasuk aktiviti yang berfaedah serta bermakna buat industri kreatif sedia ada.

“Program dan aktiviti seumpama telah dapat mengukuhkan kesedaran di kalangan orang ramai bahawa seni, budaya dan warisan masih merupakan sebahagian yang amat penting dalam kehidupan kita.

“Malahan, program-program ini boleh diperkembangkan lagi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap dalam Sesi Town Hall Bersama Penggiat Industri Kreatif Sarawak Bahagian Bintulu di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Tambahnya, dana mudahcara tersebut telah kembali menerima permohonan bermula Jun lepas dan beliau mempelawa semua penggiat seni di Sarawak untuk memohon dana tersebut.

Jelasnya lanjut, MTCP telah meluluskan sebanyak 12 permohonan berjumlah RM461,000 dari Jun lepas sehingga 8 Ogos ini melibatkan individu, persatuan serta NGO untuk menyokong pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menaikkan seni dan warisan Sarawak.

Hadir sama, Setiausaha Tetap MTCP Datu Sherrina Hussaini, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Seni, Budaya & Warisan MTCP Dr Elena Gregoria Chai Chin Fern, Pengurus Majlis Kraf Sarawak (SCC) Diweng Bakir, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bintulu Nur Fadzilah Narudin serta Pegawa-Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu Suzanna Indiat dan Catherine Sayu Hendry Kasi. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman