Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

250 PENDUDUK PEKAN TATAU SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL

Posted on 29 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Seramai 250 penduduk di Pekan Tatau menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tatau di Masjid Darul Ibadah di sini pada Khamis.

Perhimpunan dan perarakan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Darul Ibadah Tatau, Badan Perkuburan Islam Tatau, dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Tatau (LAKIT).

Majlis yang bermula pada jam 7.30 pagi itu telah disambut dengan meriah oleh penduduk kampung.

Selain perarakan, majlis turut melibatkan sesi berselawat ke atas Nabi Muhammad yang diketuai oleh Imam Masjid Darul Ibadah Daerah Tatau, Nur Amirul Nordin.

Majlis diakhiri dengan solat zohor berjemaah dan jamuan makan tengah hari.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman