Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MKN RANCANG LATIHAN KESIAPSIAGAAN NEGERI SARAWAK

Posted on 17 Nov 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) merancang untuk memperbanyakkan latihan bagi persediaan utuh negeri ini.

Menurut Pengarah Keselamatan Negeri MKN Negeri Sarawak Mohammad Haffizie Putit, untuk perancangan masa depan, MKN akan berusaha bagi meneruskan latih amal pada tahun hadapan yang memfokuskan sasaran penting di Negeri Sarawak dan bersama komuniti.

“Setakat ini, dalam perancangan, kita mempunyai lima latih amal yang akan dibuat pada tahun hadapan termasuk latih amal yang terdiri daripada latih amal fizikal, latihan amal table top exercise dan latihan bersama komuniti. 

“Walaubagaimanapun, latihan ini akan bertambah seperti tahun ini dimana MKN telah mengadakan latih amal sebanyak lapan kali termasuk hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual media selepas Latihan Latih Amal Table Top ‘Ex-Kidurong 2’ Arahan MKN no.18 dan Arahan MKN no.20 anjuran MKN Negeri Sarawak bersama PETRONAS Carigali Sdn Bhd (BIF) di sini pada Rabu.

Difahamkan, seramai 34 agensi yang melibatkan 120 peserta telah menyertai program yang bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan standard operasi (SOP) agensi-agensi yang terlibat berkenaan dengan Arahan MKN nombor 18 dan 20 ini. 

Hadir sama Pengurus Kanan Keselamatan & Persekitaran Kesihatan (PETRONAS Cari gali Sdn Bhd) Khairul Za’im, Pengurus Lapangan Bintulu Integrated Facility (PETRONAS BIF) Miza Ahmad Zaidi Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Kuching, Sarawak Nixon Joshua dan Ketua Polis Daerah Bintulu YDH SUPT Batholomew Umpit. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman