Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

210 TERIMA GERAN MRP BERJUMLAH RM1.6JUTA

Posted on 07 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) terus dimanfaatkan oleh warga tempatan dengan 210 penerima mendapat geran tersebut di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip telah menyerahkan geran MRP sejumlah RM1.6 juta kepada para penerima dalam Majlis Penyampaian Geran MRP Fasa Pertama Tahun 2023 pada Jumaat.

Para penerima kali ini terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung dan rumah panjang, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Datuk Talib juga berkata, suasana majlis tersebut menggambarkan perpaduan di kawasan Jepak.

“Orang parti, tuai rumah, ketua kaum, persatuan sehati sejiwa menunjukkan perpaduan Jepak dan jangan dibiarkan perpaduan ini dipecahkan oleh orang luar,” katanya.

Turut hadir, Temenggong Rosli Kamaruddin, Pemanca Awang Merais Awang Ismail dan Pengurus Pusat Khidmat DUN Jepak Shamsudin Abd Razak. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman