Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SMK BINTULU JUARA CABARAN SHELL EXPLORERS 2023

Posted on 14 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pasukan Sentinels dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu dinobatkan sebagai juara Cabaran Shell NXplorers 2023 Sarawak, pertandingan yang berfokuskan pada Sains, Teknologi, Kejuruteraan San Matemarik (STEM).

Sementara itu, pasukan Girl Code dari SMK Lutong dinobatkan sebagai naib johan dalam cabaran membangunkan penyelesaian kepada masalah dunia sebenar dalam hubungan makanan, air dan tenaga.

Selain itu, kedua-dua sekolah ini akan mewakili Sarawak dalam cabaran Shell NXplorers Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 8 November 2023.

Sementara itu, Pengurus Besar Sarawak Gas, Shell Malaysia Upstream Choong Yen Li kagum dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para peserta.

“Saya kagum dengan inovasi yang dibangunkan oleh semua finalis, ini adalah bukti betapa pentingnya pendidikan STEM dalam membentuk pemimpin masa depan,” katanya semasa majlis pengumuman pemenang Cabaran Shell Nxplorers Sarawak 2023 di Pejabat Sarawak Shell Berhad di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, pasukan Sentinels menghasilkan inovasi yang mereka namakan “Mr. Mister,” iaitu penyembur kabus mudah alih mudah alih yang serasi dengan pelbagai model kipas.

Di samping itu, pasukan Girl Code dri SMK Lutong membangunkan sistem pengkomposan E-Kompos yang memantau keadaan timbunan kompos secara teliti.

Dengan aplikasi pengguna yang mesra, Compost-Mate memudahkan pemantauan dan memberikan data real-time tentang suhu, kelembapan, dan pengudaraan, memastikan proses pengkomposan yang efisien.

Difahamkan, anugerah paling inovatif di menangi oleh pasukan Synex, SMK Kidurong iaitu dengan mencipta S.H.I.E.L.S(Sensing Heat Index Environment and Lifesigns Device) berfungsi memantau suhu alam sekitar dan tanda-tanda penting manusia dalam persekitaran yang dipantau.

Pertandingan Shell NXplorers Sarawak tahun ini melibatkan lapan sekolah, termasuk SMK Asyakirin, SMK Baru Bintulu, SMK Bintulu, SMK Kidurong, SMK Lutong, SMK Pujut, SMK Riam, dan SMK Singai. Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, program Shell NXplorers Malaysia telah memberi peluang kepada lebih dari 1000 pelajar sekolah menengah dari 25 sekolah di seluruh Malaysia untuk mendapatkan pembelajaran STEM dengan memberi tumpuan kepada teknologi.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman