Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

HIKMAH SARAWAK BERI SUMBANGAN RAMADAN KEPADA 60 ASNAF DI KUALA TATAU

Posted on 30 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak dengan kerjasama HIKMAH Cawangan Bintulu terus menyemarakkan bulan Puasa ini dengan mengagihkan sumbangan Bakul Ramadan HIKMAH di sekitar Kuala Tatau, Bintulu.

Seramai 60 golongan asnaf dari empat kampung telah mendapat sumbangan tersebut yang diagihkan oleh Naib Yang Dipertua HIKMAH Toh Puan Hayati Ahmat dalam program Safari Ramadan di Masjid Al Amin Kuala Tatau di sini pada petang Rabu.

Selepas itu, rombongan Safari Ramadan HIKMAH turut meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Terawih bersama penduduk setempat.

Program ini merupakan acara tahunan bagi menyerikan bulan mulia ini buat golongan yang memerlukan.

Difahamkan, Kuala Tatau menjadi lokasi kedua penganjurannya bagi cawangan Bintulu selepas kawasan Sebauh yang diadakan pada pagi Rabu.

Hadir sama, Ketua Kaum Kuala Tatau Haliza Mudin, Pengerusi HIKMAH Cawangan Bintulu Yusuf Ali, Setiausaha Perhubungan HIKMAH Raihan Usop, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH Alwi Morshidi dan Pengerusi HELWA Bintulu Sofiatulnisa Abdullah. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman