Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEMBINAAN TERMINAL LORI ELAKKAN KESESAKAN DI LALUAN UTAMA

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Pembinaan terminal lori di bahagian ini akan membantu menyelesaikan kesesakan di laluan utama khususnya di kawasan bandar.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, dengan siapnya terminal lori baharu di Jalan Lapangan Terbang nanti akan membolehkan semua lori serta kenderaan berat lain menggunakan kemudahan di terminal khas yang disediakan tanpa perlu masuk ke laluan kawasan bandar yang mengakibatkan berlaku kesesakan sebagaimana sebelum ini.

"Bintulu sebagaimana semua maklum merupakan bandar perindustrian yang sedang berkembang maju yang mana banyak dilalui kenderaan berat setiap hari," ujarnya dalam satu kenyataan sejurus mengadakan lawatan kerja ke tapak terminal lori di Jalan Lapangan Terbang hari ini.

Beliau berkata pembinaan terminal lori tepat pada masanya dan di lokasi yang sesuai yang mana setiap lori atau kenderaan berat yang melalui kawasan berkenaan setiap hari dapat berhenti di terminal terbabit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya tanpa perlu melalui jalan di kawasan bandar.

"Sebagaimana semua maklum, bandar Bintulu amat sesak terutama pada waktu puncak dan dengan adanya terminal khas untuk kenderaan berat, akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan utama kawasan bandar.Pihak Kementerian katanya, telah menjalankan  kajian berhubung perkara ini yang mana pembinaan merupakan langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah kesesakan yang kerap berlaku di Bintulu serta bandar utama lain di negeri ini.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman