Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

53 PELAJAR SPM 2022 SMK BINTULU TERIMA INSENTIF PENDIDIKAN

Posted on 02 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 53 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 menerima insentif pada Jumaat.

Insentif pendidikan keseluruhan berjumlah RM20,000 yang berupa wang tunai dan sijil itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong.

Berucap ringkas dalam majlis apresiasi itu, Johnny memberitahu, insentif tersebut diserahkan kepada pelajar yang mendapat 5A dan ke atas.

“Saya berharap anugerah ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada calon SPM 2023 untuk berusaha lebih keras dan mencapai prestasi yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2022 di Dewan Cenderawasih, SMK Bintulu di sini pada Jumaat.

Dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan dilaksanakan di sekolah tersebut.

Antara projek yang akan dilaksanakan adalah penambahbaikan gelanggang bola jaring, penyelenggaraan bilik kelas, penambahbaikan tapak perhimpunan, dan pengembangan astaka sekolah.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman