Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

10 WAKIL SSC BINTULU JAYAKAN FUN RUN SSC ZON UTARA

Posted on 22 Mar 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Seramai 10 peserta mewakili Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Bahagian Bintulu menyertai Program Fun Run SSC Zon Utara di Stadium Miri baru-baru ini. 

Perasmian program tersebut telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif SSC merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Awang Putrayusrie mengalu-alukan penganjuran program larian santai ini untuk memberi peluang kepada semua kakitangan terlibat dengan acara sukan memandangkan sebelum ini hanya menjaga fasiliti dan atlet sukan sahaja.

"Kakitangan kita perlu juga terlibat sama dalam acara kesukanan meskipun hanya sukan larian seperti ini," katanya pada program itu.

Beliau mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut dengan menghimpunkan kakitangan SSC dari Zon Utara iaitu Miri Bintulu dan Limbang.Terdahulu jarak laluan bagi larian untuk peserta ditetapkan dua kilometer (km) dan 4km sahaja.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman