Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATUK WILSON UGAK CADANG HARI GAWAI DIIKTIRAD CUTI UMUM SELURUH NEGARA

Posted on 04 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong mencadangkan agar kerajaan Persekutuan dapat mengiktiraf perayaan Hari Gawai sebagai cuti umum di Malaysia.

Menurutnya, ia seiring dengan konsep Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang berharap agar cadangan tersebut dapat dibawa kepada kabinet untuk dipertimbangkan dengan tujuan membolehkan seluruh rakyat Malaysia merayakan Hari Gawai bersama.

“Kalau Hari Raya dapat cuti, Tahun Baru Cina dapat cuti dan perayaan lain juga cuti, apa salahnya Gawai kita sama cuti supaya dalam kerajaan Madani, seluruh rakyat dapat merasai perayaan ini.

“Ada suku kaum Dayak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia tidak dapat balik cuti, sekurang-kurangnya mereka dapat meraikan perayaan ini bersama rakan-rakannya di situ.

“Saya mohon cadangan ini dapat diambil oleh kerajaan yang diketuai Dato’ Seri Anwar supaya dapat mengambil kira untuk mengadakan cuti sehari bagi perayaan hari Gawai pada masa akan datang.

“Ini bermakna kita memberi perhormatan kepada suku kaum dayak yang ada di negara kita,” katanya.

Datuk Wilson Ugak berkata demikian kepada media ketika mengadakan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak di kediamannya di Jalan Sebiew, di sini pada Ahad.

Majlis rumah terbuka beliau itu turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, ADUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip, ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, ADUN Murum, Kennedy Chukpai serta Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman