Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATUK AMAR PROF DR SIM ADAKAN KUNJUNG TAHUN BARU CINA DI BINTULU

Posted on 16 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina masih dirasai dengan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian melakukan kunjungan ke beberapa kediaman di Bintulu pada Khamis.

Beliau bersama isterinya, Datin Amar Enn Ong Siok Ean telah menziarahi rumah pemimpin-pemimpin tempatan seperti Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) Kong Chiong Ung dan kediaman Penghulu Datu Chia Siong Pian.

Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming. 

Dalam pada itu, Datuk Amar Prof Dr Sim bersama tetamu kehormat lain telah menyempurnakan simbolik menggaul Yee Sang sebagai tanda kesejahteraan dan menyambut tuah.

Selepas itu, rombongan telah menziarahi rumah Presiden Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu Chin Chee Fui dan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) Datuk Dr Wong Aik Loung.

Pada sebelah petang, rumah terakhir yang diziarahi adalah kediaman Johnny Pang. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman