Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

12 QUARI DAN QARIAH BERENTAP PADA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU

Posted on 15 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 12 Qari dan Qariah telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu 1445H/2023M yang berlangsung selama dua hari bermula 13 hingga 14 September 2023.

Majlis tilawah kali ini menyaksikan lapan peserta memperdengarkan bacaan mereka di Bangunan Martabat (LAKIB) pada malam Rabu. 

Manakala empat peserta lagi memperdengarkan bacaan pada malam kedua iaitu malam kemuncak penangguhannya pada Khamis sekaligus menobatkan johan, naib johan dan tempat ketiga kategori qari dan qariah. 

Majlis Tilawah Al-Quran merupakan program rasmi tahunan kerajaan Sarawak di mana edisi kali ini bertemakan “Sarawak Makmur Ummah Mesra”.

Ia bertujuan merealisasikan komitmen memperkasakan kesatuan, perpaduan dan kemajuan ummah khususnya dalam kalangan umat Islam di negeri ini. 

Antara aktiviti sampingan yang turut diadakan adalah cabutan bertuah, kuiz agama dan persembahan nasyid.

Penyampaian hadiah kepada pemenang tilawah pada malam kemuncaknya dijangka akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman