Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

TERUS PELIHARA TARIN NGAJAT DAN KUNTAU

Posted on 16 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Masyarakat setempat harus sentiasa memelihara aspek kesenian dan budaya yang unik seperti Tarian Ngajat dan Kuntau.

Ahli Dewan Negara Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata tarian kebudayaan itu mungkin akan lupus ditelan zaman jika tidak dikekalkan untuk generasi akan datang.

Justeru, beliau menzahirkan penghargaan ke atas penubuhan Akademi Main Asal Dayak Bintulu yang berpandukan objektif mengekalkan keaslian tarian, kebudayaan sekaligus mengekalkan identiti Dayak.

“Masyarakat di Bintulu dan juga Tatau amat beruntung kerana Akademi Main Asal Dayak Bintulu menyediakan satu platform untuk kita belajar Ngajat dan Kuntau dengan lebih teratur,” ulasnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca oleh Tr Esther Ansai semasa mewakili beliau dalam Majlis Makan Malam Pengerami Tamat Kelas Ngajat & Pra Gawai Tahun 2023.

Dalam majlis sama, Senator Rita turut menyumbang dana sebanyak RM5000 sebagai tanda penghargaan supaya Akademi Main Asal Dayak Bintulu terus berkembang dalam industri pelancongan serta kraftangan. –EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman