Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

300 EKAR TANAH BANGUNKAN PERUMAHAN STRATEGIK DI KAWASAN SUNGAI PLAN

Posted on 05 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti seluas 300 ekar tanah di Sungai Plan yang terletak di kawasan Kidurong untuk membangunkan taman perumahan yang strategik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, cadangan pembinaan perumahan yang terletak sejauh 18 kilometer dari pusat Bandar Bintulu adalah untuk meminimumkan kawasan rumah setinggan di situ.

Menurut beliau, usaha berkenaan sekali gus mengurangkan isu pencemaran sungai dengan membina perumahan yang lebih teratur dan selamat.

“Kita perlu mempunyai rangka  pelan induk atau ‘master plan’ yang lebih teratur dan mungkin pihak PETRONAS dan syarikat lain boleh mengusaha sama untuk membina perumahan untuk para pekerja di kawasan tersebut,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari berkata, kerajaan Sarawak juga akan memfokuskan pembangunan perumahan di kawasan luar bandar Bintulu termasuk di Sebauh dan Tatau dalam menangani isu harga rumah yang agak tinggi di situ.

Dalam pada itu, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menerusi anak syarikatnya MLNG telah memeterai MoU dengan NREB dan BDA untuk melaksanakan program pemuliharaan Sungai Plan di Tanjung Kidurong, Bintulu bagi tempoh empat tahun bermula dari 2024 hingga 2027.

MoU ini dimeterai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Jack Liam dan Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari.

Ia turut disaksikan Premier Sarawak, Naib Presiden Kanan Aset Malaysia, Urus Niaga Huluan PETRONAS Hazlina Othman, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh dan Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan.

Program Pemuliharaan Sungai Plan merangkumi tiga komponen utama iaitu mewujudkan garis asas kualiti air, pemantauan secara berkala dan penghijauan tebing sungai yang melibatkan aktiviti penanaman 500 anak pokok di sepanjang kawasan Sungai Plan serta pelaksanaan program kesedaran pemuliharaan sungai dalam kalangan masyarakat dan pemain industri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Naib Presiden Kanan, Aset Malaysia, Urus Niaga Huluan, PETRONAS Hazliza Othman, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum tempatan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman