Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

UNIFOR BANTU BINA RUMAH PASTOR DI GEREJA BEM LONG PELESIT TUBAR BERNILAI RM70,000.00

Posted on 28 Apr 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Atas keprihatinan Kerajaan Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Gereja Sidang Injil Borneo (BEM) Long Pelesit Tubau bakal mempunyai kediaman pastor dan kerja-kerja pembinaannya sudah pun bermula.

Berucap dalam majlis perasmiannya pada Khamis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon berkata, dengan siapnya kediaman pastor yang bernilai RM70, 000 ini akan memberikan kemudahan buat pastor yang berkhidmat di gereja berkenaan.

"Walaupun terletak jauh di kawasan pedalaman, komuniti di Long Pelesit dan Tubau tidak ketinggalan dalam menikmati nikmat pembangunan khususnya dalam aspek kerohanian," ujarnya.

Dalam masa sama katanya, dana yang disalurkan UNIFOR turut membolehkan penduduk setempat menggunakannya bagi memperbaiki Gereja BEM Long Pelesit sekali gus memberikan keselesaan kepada para penganut yang bersembahyang di gereja setiap minggu.

Kennedy dalam masa sama melahirkan rasa bangga dengan semangat penduduk setempat khususnya penganut agama kristian SIB yang bergotong-royong dalam menjalankan kerja-kerja  pembinaan gereja.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman