Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PENDIDIKAN PENENTU KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA, KATA TIONG

Posted on 08 May 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Kejayaan dalam bidang pendidikan merupakan asas penting yang menentukan kemajuan sesebuah negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, tahap akademik harus terus dikukuhkan bagi memastikan lebih ramai golongan cendekiawan serta cerdik pandai dihasilkan yang menjadi penggerak semua sektor di negara ini.

"Saya menegaskan aspek pendidikan masih menjadi aspek penting yang menentukan kejayaan seseorang individu dalam kehidupan pada masa akan datang," ujarnya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Menyambut Pengetua Baharu dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Jumaat.

Tegasnya, pendidikan merupakan tunjang penting khususnya berkaitan kualiti keseluruhan generasi pelapis Malaysia yang menentukan pembangunan masa depan negara. 

Oleh itu ujar beliau, para pendidik mempunyai tanggungjawab yang besar bagi mencorakkan serta akses pendidikan terbaik buat setiap anak murid mereka bagi memastikan semua mereka mengecapi kejayaan dalam pendidikan.

"Bagi ibu bapa pula, sebaik-baiknya anda semua hendaklah menanam nilai-nilai murni dalam diri anak-anak masing-masing seperti pandai membezakan mana yang betul dengan yang salah termasuk memperbetulkan mana yang salah agar mereka sentiasa berada di landasan yang betul," ujar beliau.

Beliau turut menzahirkan rasa penghargaan serta terima kasih kepada semua warga warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh kerana menjemputnya untuk hadir ke majlis makan malam berkenaan.

"Saya mengucapkan selamat datang kepada kepada Pengetua SMK Sebauh yang baharu, Sewing Gak."Saya yakin beliau dapat bekerjasama dengan tenaga pengajar dan pihak pengurusan SMK Sebauh demi manfaat sekolah, khususnya anak-anak yang menimba ilmu di sekolah ini," tambah beliau.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman