Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PESTA TATAU 2023 SASAR HASIL PULANGAN RM3.8 JUTA

Posted on 13 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Pesta Tatau 2023 yang bakal diadakan di Taman Komuniti Sungai Jatan bermula 29 Julai sehingga 13 Ogos ini mensasarkan hasil pulangan sebanyak RM3.8 juta. 

Menurut Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, untuk pesta tahun ini sebanyak RM400,000 akan dibelanjakan.

“Hasilnya, kita jangkakan sebanyak RM3.8 Juta pada tahun ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa sidang media Pesta Tatau 2023 selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pesta Tatau 2023 di sini pada Selasa.

Jelasnya, Pesta Tatau 2023 ini diadakan sebagai salah satu acara sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di mana acara tonggak pesta ini akan mengetengahkan Kejohanan Bot Laju (Powerboat Championship) dan Regatta Mini Tatau.

“Acara tonggak ini dijangka akan disertai oleh pelumba bot laju dan perahu kayuh dari seluruh Sarawak dan berkemungkinan besar juga dari Negara Brunei Darussalam. 

“Penyertaan dari luar negara secara tidak langsung akan memberi impak positif kepada industri pelancongan tempatan,” katanya. 

Datuk John Sikie menambah, beberapa acara kebudayaan juga akan diadakan termasuk ‘Niti Daun’, Pertandingan Bermukun, Pertandingan Ngajat Taboh dan sebagainya. 

Dalam pada itu, Pesta Tatau 2023 juga akan dimeriahkan lagi dengan Karnival Jualan Makanan dan Kraftangan yang melibatkan 175 gerai dan disertai oleh para peniaga kecil dari seluruh Sarawak.

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan suasana sepanjang pesta ini berlangsung. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman