Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ASPEK KESELAMATAN DI SK ST ANTHONY DIPERINGKAT

Posted on 24 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bumbung dan palang pemegang akan dipasang di laluan pejalan kaki di Sekolah Kebangsaan (SK) St Anthony di sini bagi keselamatan serta melindungi murid serta warga sekolah daripada cuaca panas dan hujan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang semasa melawat sekolah tersebut bersama pegawai-pegawai kanan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan ahli lembaga pengurusan sekolah tersebut hari ini.

"Kita melihat keperluan mendesak untuk menaik taraf sekolah ini.

"Projek yang diusulkan ialah pemasangan bumbung disambung dengan bumbung sedia ada untuk laluan pejalan kaki di sekolah ini dan palang pemegang antara kawasan perparitan," katanya.

Pang berkata, ini adalah langkah positif untuk meningkatkan keselamatan murid-murid di sekolah itu.
 

Untuk pelaksanaan projek ini katanya, ia dijangka siap dalam masa enam bulan. 

"Saya akan terus  memantau perkembangannya dan memberi sokongan sepenuhnya usaha untuk kebaikan masa depan pendidikan di sekolah ini," jelasnya.

Pada masa sama Pang turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua bagi membincang pelaksanaan projek membangun kemudahan sekolah tersebut di tepi jalan sekolah itu hari ini.

"Saya tidak kisah mana-mana pun untuk mengadakan pertemuan, tepi jalan pun boleh asalkan rakyat mudah untuk berjumpa saya dan menyuarakan hasrat mereka.

"Yang penting kepentingan rakyat kita mesti dahulukan dan kerja mesti dilaksanakan," katanya.
 

Dalam pertemuan itu Pang berkata, pengurusan sekolah tersebut turut mencadangkan agar dibina laluan berbumbung bagi tempat murid menunggu ibu bapa mengambil mereka dari sekolah mahupun menghantar mereka ke sekolah itu.

"Saya melihat pentingnya membina laluan berbumbung ini untuk memudahkan ibu bapa dan murid.

"Projek ini bukan hanya tentang pembinaan fizikal tetapi turut melibatkan keselesaan dan keselamatan murid," katanya. 

Katanya, keprihatinan beliau terhadap projek itu amat mendalam dan saya berharap usaha bersama ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman