Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU ADAKAN LAWATAN KE OM MATERIALS DI SAMALAJU

Posted on 04 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah mengetuai rombongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu ke OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd di Samalaju sini pada Rabu.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mendedahkan ahli-ahli SUPP Cawangan Bintulu kepada pengoperasian kilang besar sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk memahami peranan Bintulu sebagai sebuah pusat perindustrian.

Ketibaan rombongan tersebut telah disambut mesra oleh Pengarah Urusan OM Materials (Sarawak) Chen Xiao Dong serta Pengurus Pejabatnya Moses Yu Ek Shen.

Pada lawatan itu, Moses telah memberi taklimat berkaitan kompleks peleburan syarikat tersebut yang telah dibina pada tahun 2013 dan memulakan proses pengeluaran pertamanya pada tahun 2014.

Difahamkan, OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd merupakan kompleks peleburan utama Kumpulan OM Holdings di mana lebih 75 peratus daripada jumlah 1,650 stafnya merupakan warga tempatan.

Kompleks peleburan ini tertumpu kepada pengeluaran aloi mangan serta ferosilikon yang mula dihasilkan baru-baru ini dengan produk-produk tersebut dieksport terutamanya ke negara-negara di benua Asia, Eropah dan juga Amerika.

Pada tahun 2022, kompleks berkenaan secara puratanya menyumbang sebanyak RM73 juta sebulan kepada ekonomi Sarawak. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman