Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SOROTAN SIKIE PERLU DUA JALAN DI TATAU NAIK TARAF

Posted on 05 Apr 2024
Source of News: THE BORNEO POST ONLINE
TATAU (3 April): Jalan dari Muput ke Ulu Penyarai dan dari Nanga Jenga/Anap/Ulu Takan perlu dinaik taraf kepada standard JKR R3, kata Menteri di Jabatan Perdana Dato Sri John Sikie Tayai.
“Naik taraf jalan dari Muput ke Ulu Penyarai adalah penting untuk keselesaan penduduk di sini. Kertas kerja itu akan dihantar kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk tindakan lanjut. Kita harap jalan ini dapat dinaik taraf segera,” katanya.

Untuk rekod, sebaik projek jalan Muput/Ulu Penyarai sepanjang 58 kilometer itu diluluskan, ia akan memberi manfaat kepada lebih 25 rumah panjang di sekitar Muput dan Ulu Penyarai termasuk SK Kuala Muput, SK Nanga Penyarai serta Klinik Kesihatan Kakus.

“Bagi jalan Nanga Jenga/Anap/Ulu Takan, kita telah berbincang dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Koridor Wilayah (Recoda) untuk menaik taraf jalan tersebut. Jika kedua-dua projek ini mendapat kelulusan kerajaan, ia akan memudahkan akses kita ke kawasan itu,” katanya.

Katanya, jalan itu akan dinaik taraf kepada standard JKR R3 dan akan ada kerja naik taraf jalan bagi simpang di pintu masuk rumah panjang di kawasan sekitar.
Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata demikian dalam lawatannya bagi menentukan jajaran projek naik taraf jalan Muput, Ulu Penyarai Tatau di Rumah Micheal Kuang, Ulu Penyarai, Tatau semalam.

Beliau berkata, lawatan itu dilakukan bersama BDA, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Tanah dan Ukur, Pejabat Residen Bintulu, Tatau, Pejabat Daerah Sebauh dan Bintulu.


Beliau menambah, permohonan jajaran jalan itu akan dihantar kepada BDA melalui jawatankuasa yang ditubuhkan dalam BDA – Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar (Birdcom) Bintulu.

Sikie berkata selain Birdcom dan Recoda, Agensi Kemajuan Wilayah Mid Rejang (MIRRDA) telah ditubuhkan untuk pembangunan luar bandar khususnya dalam sektor ekonomi.

“Kami akan menumpukan kepada peningkatan pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar. Justeru, saya sarankan masyarakat di Penyarai membentuk jawatankuasa dan bermesyuarat bagi membincangkan tanaman apa yang patut dibangunkan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata kekuatan ekonomi adalah penting terutama jika mereka ingin menghantar anak ke institusi pengajian tinggi.

“Apabila anda pergi ke universiti, pilih jurusan yang mempunyai pasaran dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Ia bukan sekadar untuk mendapatkan ijazah. Negeri kita memerlukan orang yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berbeza,” kata Sikie.

Sebagai ibu bapa, katanya, mereka seharusnya menggalakkan anak-anak belajar sains atau Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memandangkan terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini terutama di Bintulu.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Residen Bintulu Nyurak Keti, pegawai daerah Tatau Jabang Juntan, pegawai daerah Sebauh William Manggoi dan pemangku pegawai daerah Bintulu Suzanna Indiat.


Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman