Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MENTERI BESAR PERAK MELAWAT LADANG SUNGAI PANDAN

Posted on 18 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani Mohamad telah mengadakan lawatan rasmi ke Ladang Sungai Pandan di sini pada Rabu.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau Ladang Sungai Pandan yang telah dibangunkan oleh anak syarikat Yayasan Perak iaitu YP Nominees Holding Sdn Bhd.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PERAK SADC) turut komited dalam penyeliaan ladang tersebut.

Dato Seri Sarani turut menambah bahawa kebajikan pekerja yang membantu membangun dan mengembangkan ladang tersebut akan terus dijaga dan peruntukan untuk menyediakan sumber air bersih bagi pekerja telah diluluskan.

Sementara itu, turut berlangsung penyampaian anugerah pekerja, majlis pecah tanah tapak masjid, tandatangan plaque serta perasmian nama masjid iaitu Masjid Ar-Ridzuan.

Turut hadir Penasihat Khas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Syarikat Jendela Padu Dato’ Ismail Safian, Pegawai Kewangan Negeri Perak Mohd Zaki Mahyudin serta dif-dif kenamaan lain. –EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman