Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

EMPAT KAMPUNG DUN TANJONG BATU DIRAIKAN PADA MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted on 06 Apr 2024
Source of News: Utusan Borneo Sarawak

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua-Ketua Kaum dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk empat kampung di sini, pada Jumaat.

Majlis itu membabitkan penduduk yang juga ketua-ketua kaum dan ahli-ahli JKKK Kampung Assyakirin Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta Kampung Jabai.

Pang berkata, suasana majlis tersebut amat meriah dengan kehadiran penduduk setempat bersemangat menyambut Ramadan. 

"Harapan saya agar program ini dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung, ketua kaum dan masyarakat setempat," ujarnya.



Undian
Pengumuman