Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MAKLUMKAN PERGERAKAN BAGI MUDAHKAN PIHAK POLIS BUAT RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH

Posted on 24 Dec 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Orang ramai yang merancang pulang ke kampung sempena Hari Krismas disaran memaklumkan mengenai pergerakan mereka bagi memudahkan pihak polis membuat rondaan pencegahan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintenden Dennis Bunyam berkata, mereka boleh memaklumkan dengan menghubungi balai polis berdekatan atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat dan pelepasan Pasukan Pemantau sempena perayaan Hari Krismas 2023 di Stesen Petronas, Jalan Tun Hussein Onn pada Sabtu.

Selain itu katanya, Ops Selamat dijalankan serentak di seluruh negara bermula Jumaat lalu hingga 28 Disember ini dengan fokus meminimumkan kadar kemalangan jalan raya selain mencegah jenayah pecah rumah dan memastikan keselamatan harta benda yang ditinggalkan semasa pulang kampung.

Tambahnya, seramai 500 anggota polis daripada pelbagai cawangan dan jabatan terlibat dalam operasi itu yang juga bertujuan memastikan rumah yang ditinggalkan kosong pada musim perayaan itu selamat.

“Fokus operasi ialah jalan persekutuan, negeri dan bandar Bintulu terutama di lokasi yang kerap berlaku kemalangan dan sesak.

“Selain itu tujuan operasi ini bertumpu kepada penguatkuasaaan undang-undang serta pencegahan jenayah,” katanya.

Beliau juga berharap, tugasan ini akan dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kes pecah rumah terutamanya di Bintulu. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman