Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

AGRICOP BERI PENDEDAHAN BERGUNA BERKAITAN KAEDAH PERTANIAN MODEN

Posted on 21 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program Agriculture Community Outreach Programme (Agricop) memberi pendedahan berguna berkaitan corak pertanian moden justeru berimpak positif kepada komuniti setempat. 

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Majang Renggi berkata program anjuran Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) itu secara tidak langsung membantu golongan petani menceburi bidang pertanian moden yang lebih menguntungkan berbanding corak tradisional.

“Contoh terbaik ialah tanaman sayur-sayuran secara fertigasi dan hidroponik lebih mudah dikendalikan serta mampu memberi pulangan berganda sekiranya diusahakan bersungguh-sungguh,” katanya ketika merasmikan penutupan program Agricop di Rumah Tinggom, Sungai Sebato, Suai di sini hari ini.

Majang berharap setiap peserta mengambil peluang pada program itu supaya mempelajari teknik pertanian moden bagi membolehkan mereka mengaplikasikannya selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu berkata, melakukan sesuatu perubahan dalam pertanian bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai golongan petani sudah selesa dengan corak pertanian tradisional.
 

“Namun peralihan corak pertanian tradisional kepada pertanian moden membolehkan setiap pengusaha bergerak lebih jauh dalam sektor pertanian selaras dengan kemajuan semasa dikecapi dalam pertanian moden,” jelasnya.

Justeru katanya, program tersebut diteruskan pada masa akan datang supaya terus menyalurkan maklumat berguna berkaitan corak pertanian moden dari semasa ke semasa.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah JPS Badin Unor, warga kerjanya serta ketua-ketua masyarakat setempat.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman