Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PELAN NAIK TARAF SISTEM PERPARITAN BELAKANG BOULEVARD BINTULU HARUS SIAP SEGERA : TIONG

Posted on 16 Sep 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Pihak berwajib yang mengendalikan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di belakang Boulevard Shopping Mall di sini harus tampil dengan pelan sebelum atau pada 20 September ini, tegas Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata, pihak terbabit mempunyai masa lima hari bagi tampil dengan pelan pengubahsuaian dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan dan memulakan kerja-kerja penyelenggaraan secepat mungkin.

“Reka bentuk binaan sedia ada sepatutnya diperbaiki dan dibuat penambahbaikan sebaik-baiknya sebelum 30 November ini memandangkan ia adalah kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak menaik taraf parit di kawasan belakang pusat beli-belah terbabit di Jalan Tanjung Batu di sini pada Jumaat.

Tiong berkata, ini kerana sistem perparitan sedia ada tidak berupaya menampung air dan paling dikhuatiri ialah kedatangan musim tengkujuh boleh menyebabkan berlaku banjir kilat serta masalah lain menjejaskan penduduk sekitar.

Justeru, semua pihak berwajib harus bertindak pantas dan efisien menangani masalah sistem perparitan di kawasan parit belakang pusat beli-belah ini supaya tidak menimbulkan kesulitan atau musibah lebih besar pada musim tengkujuh tiba tidak lama lagi.
 

“Melalui lawatan ini, saya melihat sendiri serta mengenal pasti kelemahan utama dalam kerja-kerja penaiktarafan sistem parit di sini dan harus ditangani secepat mungkin,” jelas beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) termasuk Jabatan Saliran dan Pengairan Bintulu, pemaju dan agensi lain berkaitan bagi membincangkan langkah drastik bagi memudah serta menyelesaikan sistem perparitan di kawasan berkenaan.

Sebaik-baiknya, Tiong menjelaskan pendekatan terbaik dan efisien dilaksanakan dengan segera bagi membaiki sistem perparitan di kawasan berkenaan sekali gus mengelak berlaku banjir kilat seperti sebelum ini.
“Sebagai Ahli Parlimen Bintulu, saya mengambil berat setiap aduan rakyat di kawasan terjejas dan tanggungjawab saya memastikan banjir kilat ditangani dan sekurang-kurangnya dapat diminimakan melalui apa sahaja kaedah relevan,” katanya.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman