Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJUNG BATU AGIH KURMA KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI DUN TANJONG BATU

Posted on 07 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah mengambil inisiatif mengagihkan kurma kepada masyarakat Islam di kawasan DUN Tanjong Batu.

Sebanyak empat kampung iaitu Kampung Assyakirin Fasa Satu hingga Kampung Assyakirin Fasa Tiga, Kampung Jabai dan kawasan perumahan lain melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pusat Khidmat Tanjong Batu pada Rabu.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pusat khidmat DUN Tanjong Batu dan merupakan acara tahunan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu.

Selain mengagihkan buah kurma, turut diedarkan bersama jadual waktu solat dan berbuka puasa yang dicetak khas sempena bulan Ramadan yang bakal tiba.

Dalam pada itu, Johnny berharap masyarakat pelbagai lapisan yang bukan beragama Islam untuk menghormati bulan Ramadan dengan tidak makan di khalayak ramai. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman