Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KECEMERLANGAN PELAJARAN BERMULA DI RUMAH

Posted on 04 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran harus bermula dari pendidikan di rumah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, ibu bapa sebenarnya merupakan guru pertama yang dikenali oleh kanak-kanak.

“Ibu bapa yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehkan murid-murid cemerlang pada masa depan serta menjadi manusia yang dapat memanfaatkan segala ilmu yang berwawasan, demi untuk anjakan pemikiran bangsa dan negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Pengelola Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu Toh Kok Peng pada Majlis Graduasi Tadika HIKMAH Bagi Sesi 2023/2024 di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kejayaan murid-murid tadika yang disaksikan pada hari ini adalah hasil keyakinan diri murid serta dibantu oleh semua warga guru dan ibu bapa yang tidak jemu berusaha ke arah penambahbaikan mutu pembelajaran mereka. 

Katanya, majlis graduasi ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan oleh murid-murid tadika.

Dalam pada itu, seramai 13 pelajar telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kelayakan ke sekolah agama pada tahun ini.

Turut hadir ialah Pengerusi HIKMAH Bintulu Yussuf Ali dan Guru Besar Tadika HIKMAH Bintulu Zamrud Zainuddin. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman