Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KONVOI KKMJG 2023 BERLEPAS DARI BINTULU

Posted on 17 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pelepasan peserta konvoi Program Kembara Merdeka Kibar Jalur Gemilang (KMKJG) 2023 diadakan dengan jayanya di Lobi Seskyen Hal Ehwal Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Wisma Bintulu pada Selasa.

Pelepasan konvoi telah disempurnakan Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari dengan disaksikan Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, pengurusan kanan BDA serta Pegawai Penerangan Daerah Bintulu Pauline Sating.

Konvoi tersebut diketuai Pengarah Penerangan Sarawak Jaafar Jantan dan program tersebut merupakan anjuran Jabatan Penerangan Sarawak dan BDA.

Hadir sama pegawai-pegawai serta kakitangan agensi-agensi kerajaan yang beroperasi di Wisma Bintulu.

Terdahulu sebelum itu menurut Jabatan Penerangan Bintulu, Ibu Pejabat BDA Wisma Bintulu merupakan persinggahan terakhir KMKJG tersebut yang telah melalui perjalanan sejauh 1,800 kilometer bermula 8 Ogos lalu sehingga 15 Ogos yang mana akan menuju ke Kuching.
 

Kembara Merdeka merupakan acara tahunan Jabatan Penerangan Malaysia untuk menyemarak sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di seluruh pelusuk negeri.

KMKJG menjelajah ke seluruh daerah di Sarawak membawa misi agar masyarakat terlibat secara langsung dalam sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman