Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

LAKU MAIN PERANAN PENTING SEDIAKAN BEKALAN AIR UNTUK PERKEMBANGAN INDUSTRI BINTULU

Posted on 18 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Utiliti air sentiasa memainkan peranan penting dalam perkembangan industri khasnya dan ekonomi negara amnya.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) Ir. Ts. Daniel Punang memberitahu, syarikat tersebut khasnya mempunyai tanggungjawab penting dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna awam dan komersil terutamanya di Tanjong Kidurong dan Samalaju.

“Bekalan air memberikan impak penting kepada pengguna. Contohnya, MLNG, SHELL MDS dan ABF. Tanpa bekalan air, industri ini akan menghadapi kesukaran. Mereka akan terpaksa menghentikan operasi.

“Warga LAKU di Bintulu perlu tahu bahawa syarikat ini memainkan peranan yang penting,” katanya dalam Majlis Ngiling Tikai Bersama Media ‘Segulai Sejalai’ anjuran LAKU di sini pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Ir. Daniel menegaskan, syarikat tersebut sudah bersiap siaga menghadapi kesan akibat cuaca kering yang dijangka pada hujung bulan Julai. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman