Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

116 PELAJAR ASNAF BINTULU TERIMA SUMBANGAN BAKIP

Posted on 13 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) telah menyantuni seramai 116 pelajar daripada golongan asnaf di sekitar kawasan Bintulu serta memberi sumbangan kepada mereka pada Rabu. 

Penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban pelajar Islam yang kurang berkemampuan untuk menyambut bulan Ramadan di samping memberi kegembiraan bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang menjelang tiba. 

Wakil Badan Kebajikan BAKIP, Salleh Morshidi berkata, ia merupakan acara tahunan yang diadakan di mana dana didapati menerusi zakat yang dikumpul daripada kakitangan PETRONAS di seluruh negara. 

 “Mudah-mudahan apa yang disumbangkan boleh meringankan serba sedikit kepada penerima menjelang hari lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya dalam Majlis Bersama Kasih Ramadan 1444H/2023M di Masjid Daerah Bintulu pada Rabu. 

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili berharap program seperti ini mendapat sambutan daripada setiap lapisan masyarakat.  

Difahamkan, program ini adalah Kerjasama antara BAKIP dan beberapa agensi lain termasuk JAKIPP, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu, Masijid Daerah Bintulu, Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB), Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA), Unit Pendidikan Islam PPD Bintulu dan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS) Daerah Bintulu. 

Program ini juga bertujuan menanamkan sifat kepedulian dan keprihatinan dikalangan masyarakat, institusi swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam terhadap golongan pelajar yang kurang berkemampuan di samping menyemarakkan hubungan silaturahim antara golongan pendidik, pelajar dengan masyarakat. 

Hadir sama, Presiden Persatuan Anaq Vaie Bintulu dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Daerah Bintulu Pandi Suhaili, Timbalan Pengerusi Masjid Daerah Bintulu Sektor Perancangan Yusuff Ali, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Nafisah Rosli dan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Masjid Daerah Bintulu. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman