Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

IBU BAPA HARUS MENYOKONG AKTIVITI ANJURAN PIBG : MAJANG

Posted on 21 May 2023
Source of News: Utuasan Borneo Online

BINTULU: Para ibu bapa harus memberikan sokongan penuh terhadap setiap aktiviti atau program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tempat anak mereka belajar, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Majang Renggi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju berkata, PIBG merupakan platform terbaik bagi para ibu bapa dan guru berinteraksi serta betkongsi idea dan pendapat tentang bagaimana memberikan akses pendidikan terbaik kepada anak didik.

“Apa yang lebih penting ialah setiap ibu bapa barus hadir sebagai tanda sokongan terhadap aspek akademik dan kokurikulum anak mereka yang sedang bersekolah,” ujarnya.

Majang berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsan (SK) Kidurong Ke-25 di sini, semalam.

Katanya, para ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah harus menjalinkan kerjasama erat bagi memastikan pendidikan anak-anak berada pada tahap terbaik.

Pada masa sama ujarnya, aktifnya sesebuah PIBG di sekolah adalah bergantung kepada kesanggupan ibu bapa dan guru meluangkan masa bersama-sama menganjurkan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada pelajar.

“Saya pada masa sama melahirkan penghargaan serta terima kasih atas komitmen padu yang ditunjukkan khususnya oleh ibu bapa atau penjaga terhadap setiap aktiviti anjuran PIBG SK Kidurong,” ujarnya.

Beliau berharap agar interaksi dua hala yang baik seperti itu akan ditingkatkan lagi pada masa akan datang sebagai tanda sokongan terhadap PIBG sekolah.

Mesyuarat Agung PIBG Ke-25 SK Kidurong memilih ahli jawatankuasa bagi sesi 2023-2025. 

“Bagi yang menyandang jawatan, tahniah diucapkan dan suka saya ingatkan di sini agar ahli jawatankuasa yang telah dipilih sentiasa membudayakan integriti tinggi di samping memikul tanggungjawab dengan ikhlas, jujur dan amanah,” tegasnya.



Hak Cipta Terpelihara © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 30 Mar 2026

Isnin - Khamis
8:00am - 1:00pm & 2:00pm - 5.00pm

Jumaat
8:00am - 11:45am & 2:15pm - 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
image Undian
image Pengumuman