Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MANFAAT PERUNTUKAN MRP SEPENUHNYA

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dinasihati agar memanfaatkan peruntukan tersebut sepenuhnya.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu, geran MRP yang diterima harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membangunkan kawasan setempat.

“Untuk makluman semua, laporan perlu dibuat dan dihantar kepada pihak kementerian saya di Kuching untuk dikemukakan kepada Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU),” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Geran MRP Fasa 4 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena di Pejabat Pertanian Bahagian Bintulu pada Sabtu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu menambah, Jabatan Pertanian Sarawak merancang untuk membangunkan sebuah agropark di kawasan Sebauh dengan pertanian cara baharu dan menjadi kawasan pengeluaran utama hasil pertanian.

Menurutnya, kawasan seluas lebih 1,000 hektar di kawasan Sebauh telah dikenal pasti dan masih dalam peringkat penilaian perunding.

Dalam majlis tersebut, beliau menyerahkan cek MRP sejumlah RM476,000 kepada 29 penerima di kawasan Sebauh terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Biro Wanita serta penerima lain.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Jenny Banga dan Pemangku Pegawai Daerah Sebauh Frances Sherri Lia Jilan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman