Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PASAR GAWAI DAYAK "BANGUN" PLATFORM UTAMA CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Posted on 06 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pasar Gawai Dayak ‘Bangun’ adalah platform utama kepada masyarakat Dayak untuk terlibat dalam bidang perniagaan. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, penubuhan pasar itu dapat memberi peluang kepada masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan.

Jelasnya, pasar itu juga merupakan langkah terbaik dalam mengetengahkan pelbagai jenis masakan tradisional masyarakat Dayak termasuk dari komuniti Iban, Bidayuh serta Orang Ulu.

“Kerana masyarakat ini kaya dengan pelbgai jenis masakan.

“Tujuannya makanan ini dapat dikenali terutama anak-anak muda dibandar,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Pasar Gawai Dayak Bangun 2023 di Tamu Emart Bintulu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Datuk John berkata penjualan kraftangan tempatan dari Sarawak juga harus  menonjol.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak juga memberi bantuan kepada para usahawan selain pihak SEDC turut menyalurkan bantuan sebanyak RM5000 secara one-off. 

“Begitu jua pinjaman tanpa interest untuk pinjaman yang kurang dari RM10,000.

“Gunakan peluang ini bagi mengembangkan perniagaan,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, beliau meminta kepada semua pengusaha kraftangan di sini untuk mendaftar di Sarawak Craft Council.

Semasa berucap, Datuk John Sikie turut mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Pembangunan Dayak Bintulu.

Beliau yang juga Menteri di Pejabat Premier Sarawak menyeru kepada pihak media untuk  memainkan peranan dengan kreatif dan inovatif dalam melaporkan serta menerbitkan program-program berkaitan perayaan Hari Gawai Dayak di media-media massa termasuk di televisyen.  

“Ini membolehkan masyarakat di negara ini mahupun negara luar mengetahui pelbagai aktiviti yang diadakan oleh masyarakat Dayak bersempena sambutan Gawai Dayak,” katanya. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman