Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

36 Murid Diraikan Sempena Bulan Ramadan Di Bintulu

Posted on 12 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Aset) telah meraikan 36 murid sekolah rendah dalam satu majlis berbuka puasa di sini pada malam Selasa.

Program tersebut telah melibatkan 15 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong, 15 murid SK Kampung Baru dan enam murid SK Labang di mana mereka telah menerima bingkisan dan duit raya yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming dan Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Aset) Anuar Ismail.

Anuar ketika berucap memberitahu, majlis iftar tersebut diadakan bagi meraikan kanak-kanak asnaf, ketua-ketua jabatan, barisan ketua masyarakat serta pengamal media.

“Program ini juga merupakan usaha kita untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan memerlukan dalam bulan Ramadan lebih-lebih lagi Syawal yang bakal menjelang,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak Petronas kekal komited dalam melaksanakan program-program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk terus menyumbang ke arah kesejahteraan dan pembangunan masyarakat yang mampan.

“Kolaborasi dan kerjasama antara agensi kerajaan sepanjang pengurusan aktiviti CSR telah membuktikan bahawa kita mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memperkasakan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat menerusi program-program bantuan yang diolah khusus untuk keperluan masyrakat di Bintulu serta kawasan sekitar yang lain,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey dan Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Bintulu Lt Kdr Mohamad Raimi Mohamad Nor. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman