Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

700 SET BUBUR LAMBUK DIAGIH KEPADA ORANG AWAM DI BINTULU

Posted on 14 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 700 set bubur lambuk telah diagihkan kepada orang awam bertempat di The Spring Mall Bintulu sempena sambutan Ramadan Tahun 2023/1444H pada Selasa.

Program Pengagihan Bubur Lambuk tersebut merupakan anjuran pihak pengurusan The Spring Mall Bintulu bersama Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) N.68 Tanjung Batu, Masjid At-Taqwa serta Syarikat Lian Sin Trading

Ia disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming.

Dalam pada itu, Johnny Pang memuji semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk khususnya di Bintulu tanpa mengira bangsa dan agama dalam usaha menjayakan program tersebut.

Beliau juga turut serta berbuka puasa bersama-sama dengan kanak-kanak dari Kompleks Kebajikan Anak Yatim Kampung Jepak dalam Majlis Berbuka Puasa di Medan Selera The Spring Mall.

Ujarnya, kemeriahan berbuka puasa di bulan Ramadan yang suci dan mulia ini harus diraikan bersama terutama bagi mereka yang memerlukan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman