Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATO SRI STEPHEN RUNDI LAWAT PROJEK KOLAM IKAN AIR TAWAR BERSISTEM IOT

Posted on 17 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Adaptasi teknologi baharu menerusi sistem Internet Of Things (IoT) dalam industri pertanian dan penternakan mampu memberi impak positif kepada pengusahanya.

Dalam lawatan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom  ke Projek Kolam Ikan Air Tawar yang menggunakan sistem tersebut, katanya ia dapat membantu segi pengurusan dan pemantauan.

Smart Aquaculture System oleh SME Flow Studios boleh memantau tahap PH dalam kolam selain kandungan amonia, oksigen dan suhu melalui sensor IoT yang dihubung dengan pangkalan data.

Selain itu, sistem ini juga dilengkapkan dengan sistem pemberian makanan ikan secara outomatik dan ‘aerator’ iaitu sistem kipas air yang berfungsi secara outomatik hasil daripada bacaan data ke atas tahap kandungan PH dalam kolam.

Sistem ini mula diguna pakai oleh pemilik kolam, Mendung Nali pada tahun 2023 dengan kos pemulaan RM20,000 untuk pemasangan..

Berkongsi pengalamannya, kata Mendung semasa sambutan Tahun Baharu Cina, dia masih boleh memantau keadaan air kolam ikan walaupun dari jauh.

Malah, proses memberi makan juga dapat dilakukan menggunakan sistem tersebut menerusi telepon pintar.

Justeru, Dato Sri Stephen Rundi berharap usaha yang dilakukan oleh Mendung dapat dikongsikan dengan anak-anak muda untuk menjadi galakan dan dorongan kepada golongan belia melibatkan diri dalam bidang pertanian moden.

Hadir sama, Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Setiausaha Politik Premier Sarawak Jenny Banga, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pemanca Limin Anai dan Pemanca Gerunsin. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman