Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

8 NEGERI SERTAI KEJOHANAN BOCCE PRELUDE SUKMA KEBANGSAAN

Posted on 27 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak lapan negeri menyertai Kejohanan Bocce Prelude Sukan Malaysia (SUKMA) Kebangsaan siri ke 2/2023 yang berlangsung dari 26 hingga 27 Ogos ini.

Antara lapan negeri ini ialah Sarawak, Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Selangor dengan lima kategori dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, dan beregu campuran.

Presiden Bocce Sarawak Sophie Shariee berkata, beliau amat berterima kasih dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip yang telah mendirikan gelanggang Bocce ini menerusi projek dua fasa berjumlah RM600,000 sekali gus membolehkan kejohanan seumpamanya diadakan di situ.

“Sarawak amat beruntung sekali kerana memiliki satu gelanggang yang mengikut spesifikasi antarabangsa untuk sukan tersebut,” katanya demikian ketika berucap dalam majlis perasmian kejohanan tersebut di Arena Bocce Bintulu pada Jumaat.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Bocce Malaysia Razali Wan Zain berkata, Bintulu juga telah ditawarkan untuk dijadikan sebagai tuan rumah kejohanan Bocce Peringkat Asia Oceania pada tahun depan.

Beliau merasakan tiada masalah untuk kejohanan itu diadakan di Bintulu kerana adanya gelanggang dan kemudahan-kemudahan termasuk persiapan rapi yang tidak menyukarkan mana-mana negara untuk datang ke sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Persekutuan Bocce Malaysia Datuk Zulkifli Abdul Ghani dan Penghulu Drahman Sisit. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman