Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SEB & BDA BEKERJASAMA TANAM 100 POKOK

Posted on 13 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Bintulu Development Authority (BDA) telah menanam 100 pokok sebagai menyokong usaha kerajaan dalam Kempen Sarawak Hijau.

Menurut Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari, kerjasama pada hari ini menyaksikan antara spesis pokok yang ditanam adalah spesis Penaga Lilin, Bucida dan Belian.

Katanya, kempen dengan kerjasama bersama SEB sebegini merupakan kolaborasi strategik BDA dalam menjadi simbolik hab hijau bagi kedua-dua agensi.

“Ini merupakan kolaborasi strategik yang dilakukan antara BDA dan SEB kerana kami pun telah memberitahu pihak awam yang kami berharap untuk menjadi sebuah hab hijau atau hab karbon rendah pada masa akan datang dan ia bermula dari sebuah pokok,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Penanaman Pokok Bersama SEB/BDA 2023 1.0 di Perkarangan Parkir Dewan Suarah Bintulu pada Selasa.

Tambahnya, BDA berharap untuk melakukan lebih banyak kerjasama dan kempen strategik dengan SEB dalam masa terdekat seiring dengan fokus strategik BDA untuk mengukuhkan masyarakat mampan dan inklusif serta melakukan peralihan ke pertumbuhan hijau yang inklusif.

Ujarnya lagi, sebanyak 1200 lagi pokok akan ditanam dalam Program 2.0 yang dijadualkan pada Oktober tahun ini.

Selain itu, Naib Presiden Eksekutif Sarawak Energy Berhad Ir. Pramod Kumar Karunakaran berkata, Kempen Penanaman Pokok, Perlindungan dan Pemulihan Habitat hari ini adalah penting kerana ia menandakan kerjasama pertama SEB dan BDA di luar aktiviti projek.

Tambahnya, kerjasama dengan BDA dalam bidang ini amat penting memandangkan keupayaan BDA untuk terus memelihara dan melindungi pokok yang ditanam.

“Ini adalah untuk memastikan kejayaan pemulihan ekosistem, meningkatkan biodiversiti, mengurangkan perubahan iklim, memulihara hutan dan memulihkan habitat yang terdegradasi,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu Dato Haidar Khan Asghar Khan. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman