Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

UNIFOR SERAH DANA KEPADA GOOD SAMARITAN CHAPEL

Posted on 10 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyerahkan cek dana berjumlah RM200,000 kepada jawatankuasa Good Samaritan Chapel pada Jumaat.

Dana ini adalah untuk membiayai kos pembinaan gereja terbabit dalam memastikan penganutnya yang beribadah dapat menikmati kemudahan dengan selesa dan selamat.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Dato’ Majang Renggi turut hadir untuk menjadi saksi kepada simbolik penyerahan cek tersebut yang disampaikan Pengarah UNIFOR Datuk Jack Aman Luat kepada Paderi Winston.

Paderi Winston yang mewakili Jawatankuasa Good Samaritan Chapel berkesempatan mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan Sarawak di atas dana yang disalurkan dalam membantu pelaksanaan projek pembinaan gereja tersebut.

Untuk rekod, kerja-kerja pembinaan gereja tersebut bermula pada 31 Disember 2022 dan siap sepenuhnya pada 31 Mei lalu. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman