Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

Tiong gesa kemudahan VOA untuk semua pelancong

Posted on 08 Feb 2023
Source of News: Utusan Borneo Online

btu-ub080223-ar-visaa.jpg

BINTULU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menggesa pihak berkuasa menyediakan kemudahan Visa-On-Arrival (VOA) kepada semua negara terutama pelancong dari China dan India bagi memudahkan mereka memasuki negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, kemudahan VOA ini bukan sahaja memudahkan para pelancong, namun apa yang lebih penting lagi ia akan meningkatkan daya saing Malaysia dengan negara lain dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan negara.

"Inisiatif sebegini harus dikuatkuasakan tanpa wujud sebarang kesulitan kerana kemudahan sebegini akan membantu dalam menghidupkan semua sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, ketika ini merupakan satu tempoh kritikal bagi memulih serta meningkatkan daya saing dalam sektor pelancongan.

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa supaya menyediakan VOA kepada semua negara kerana negara-negara ASEAN lain terutama Indonesia telah berbuat demikian.

"Bagi melonjakkan semula sektor pelancongan di Malaysia, ia mesti membenarkan inisiatif pembukaan semula pintu sempadan dengan segera," tegasnya.

Beliau percaya pihak berkuasa Malaysia mampu menguruskan kemasukan pelancong dari luar negara-negara yang datang ke Malaysia khususnya di pintu masuk utama negara ini.

Beliau pada masa sama turut menggesa Kementerian Dalam Negeri segera mengkaji keperluan menyediakan VOA dan melaksanakannya dengan baik demi kelancaran kemasukan pengunjung dari luar ke negara ini tanpa mengabaikan aspek keselamatan penduduk setempat.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman