Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

300 POKOK DITANAM DI BINTULU, USAHA PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR BERSAMA

Posted on 06 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 300 spesies pokok ditanam oleh PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP) Malaysia dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu di sini.

Ketua Aset PTTEP Malaysia Cawangan Sarawak, Denkey Thatchaichawalit berkata, inisiatif tersebut merupakan antara usaha pemuliharaan alam sekitar bersama.

Menurutnya, penglibatan PTTEP di dalam projek ini menunjukkan komitmen terhadap dua tanggungjawab sosial korporatnya utamanya iaitu alam sekitar dan pendidikan.

“Antara 300 spesies pokok termasuk pokok asli, buah-buahan dan pokok hiasan telah ditanam dengan menggunakan kaedah penanaman takuk dan ketumpatan tinggi yang merupakan amalan hortikultur bersesuaian dengan keadaan tanah di tapak penanaman. 

“Matlamat kami adalah untuk melindungi dan memupuk ekosistem yang sihat terutamanya dalam komuniti di Sarawak iaitu lokasi operasi kami.

“Melalui inisiatif ini, kami mendidik dan mempromosikan kepentingan alam semula jadi untuk mengurangkan perubahan iklim di samping menyediakan habitat semula jadi untuk flora dan fauna kita,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Program yang bertemakan ‘Nourish Nature, Nurture Future’ ini adalah selari dengan matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menyokong inisiatif kerajaan Sarawak untuk menanam 35 juta pokok yang sejajar dengan Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 yang dimulakan oleh kerajaan Malaysia.

Inisiatif penanaman pokok seperti ini memberikan impak kelestarian alam sekitar yang merata kerana ia membawa organisasi utama di dalam komuniti bersama dan menyediakan platform untuk menyebarkan kesedaran yang lebih besar tentang perlindungan alam sekitar. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman